Sejarah

Sejarah Ringkas MTTJ 

Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, terletak di Taman Temerloh Jaya, sebelum ini dikenali sebagai Masjid Taman Temerloh Jaya dan sering dirujuk dengan singkatan MTTJ. 

Masjid ini mula dibina pada tahun 2006 dan disiapkan sepenuhnya pada tahun 2010, dengan kos pembinaan sekitar RM5 juta. Ia mula digunakan pada bulan Julai 2010 dan mampu menampung 600 orang jemaah di bahagian dan 600 lagi di bahagian perkarangan luar.

Pada 20 April 2023 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1444H, masjid ini telah dirasmikan dan dimasyhurkan dengan nama baru, iaitu Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, oleh Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Pahang. 
GAMBAR-GAMBAR PERASMIAN MTTJ
Slide 1
Slide 2
Slide 3
Slide 4
Slide 5
Slide 6
Slide 7
Slide 8
Slide 9
Slide 10
Slide 11
Slide 12
Slide 13

Perjalanan Sejarah MTTJ

20 April 2024

Masjid Temerloh Jaya telah dirasmikan dan dimasyhurkan dengan nama baru, iaitu Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, oleh Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

9 Julai 2024

Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah dinobatkan sebagai Masjid Hijau pertama di negeri Pahang di bawah program Rumah Ibadat Hijau (RIH) bersempena dengan Karnival Rumah Ibadat Hijau.

18 Mac 2020

Covid-19 melanda, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan. Masjid Temerloh Jaya turut terkesan dengan wabak tersebut.

13 Mac 2020

Menerima anugerah untuk katogeri Pengimarahan Solat melalui Anugerah Masjid Malaysia 2020, anjuran TV Al-Hijrah.

Disember 2019

Diiktiraf sebagai Masjid Cemerlang pada Program Masjid Gemilang Pahang 2019 anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Anugerah Masjid Prasarana Dan Persekitaran Terbaik Tahun 2019 melalui Program Masjid Gemilang Pahang, bagi katogeri Felda/Taman/Ladang.

2019

Masjid Temerloh Jaya mula mendapat perhatian media di seluruh negara.

2010

Pembinaan siap dan pada bulan Julai 2010, ia mula digunakan

2006

Pembinaan Masjid Taman Temerloh Jaya dimulakan dengan kos sebanyak RM5 Juta