Dr. Abdullah Wakili MTTJ di Seminar Pengurusan Masjid Anjuran JAIP


25 November 2024 — Program Seminar Pengurusan Masjid telah berlangsung dengan jayanya pada 25 November 2024 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan tujuan untuk memperkasakan pengurusan masjid di seluruh negeri. Program ini bersempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2024. 

Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya, Dr. Haji Abdullah bin Ismail telah menerima jemputan khas untuk slot ceramah bertajuk; Perkongsian Masjid Cemerlang, bagi mewakili MTTJ dalam program tersebut. 

Mengisi slot terawal atur cara majlis, Dr. Abdullah telah berkongsi sejarah penubuhan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) serta cabaran yang dihadapi sepanjang pengurusan masjid. 

Antara isu yang diketengahkan seawal penubuhan masjid ialah; kurangan kehadiran jemaah, majlis ilmu yang kurang mendapat sambutan, kutipan tabung masjid yang rendah, kebersihan masjid yang tidak memuaskan, serta pengurusan khairat kematian yang tidak sistematik. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai ketiadaan aktiviti ekonomi berpusat dan sikap masyarakat yang berpuak-puak, yang menjadi halangan utama dalam usaha memperkukuhkan peranan masjid sebagai pusat komuniti. 

Sehinggalah pada tahun 2016, di bawah pimpinan beliau, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Temerloh Jaya, telah memulakan transformasi melalui Pelan Strategik MTTJ 2016-2025. Pelan ini dirangka untuk mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi sebelum ini. 

Hasil daripada pelaksanaan pelan tersebut, MTTJ kini muncul sebagai sebuah masjid yang disegani di Malaysia. Setiap minggu, ia menerima kunjungan pelawat dari dalam dan luar negara melalui program Lawatan Penanda Aras, di mana pihak MTTJ berkongsi strategi kejayaan yang telah dilaksanakan. Kejayaan ini turut diiktiraf melalui pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan, menjadikan MTTJ sebagai model masjid cemerlang. 

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama