
Hindari Ajaran Sesat
Maklumat Khutbah | Butiran |
---|---|
Tarikh | 15 November 2024 (Jumaat) |
Khatib | Muhammad Shafiyuddin bin Mohd Asri |
Tajuk | Hindari Ajaran Sesat |
Khutbah hari ini, khatib menekankan kepentingan dan perlunya memanfaatkan tahun baru sebagai waktu untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri. Tahun baru bukan sekadar pertukaran angka tetapi peluang untuk membuat azam yang lebih baik demi dunia dan akhirat.
Firman Allah (Surah al-Hasyr, ayat 18):
"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan."
Khutbah juga mengingatkan supaya tidak menyambut tahun baru dengan perkara yang dilarang syariat seperti hiburan melampau, maksiat, dan perbuatan sia-sia. Sebaliknya, aktiviti yang diisi hendaklah memberi manfaat seperti solat hajat, doa selamat, atau memperingati perjuangan umat Islam seperti di Palestin.
Firman Allah (Surah Ghafir, ayat 75):
"Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersuka ria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat)."
Akhirnya, khatib mengajak sidang Jumaat untuk memperbanyakkan amalan kebaikan di bulan Rejab yang mulia dan mengutamakan program yang memberi keberkatan kepada masyarakat.
Khatib mengingatkan tentang kepentingan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perbuatan mungkar supaya mendapat reda Allah di dunia dan akhirat.
Firman Allah (Surah al-Baqarah, ayat 208):
"Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
Khutbah juga menekankan kepentingan zakat dan wakaf sebagai elemen penting dalam pembangunan ekonomi ummah, terutama di negeri Pahang. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang aktif mengagihkan zakat dan menguruskan wakaf bagi membantu masyarakat.
Di samping itu, kita diseru untuk terus mendoakan negeri Pahang agar dijauhkan daripada bala bencana serta menyokong perjuangan umat Islam di Palestin dan Lubnan yang sedang dizalimi oleh rejim Zionis Is-r**ael.








Catat Ulasan