
Sabda Rasulullah SAW, "Wahai Aisyah, sungguh manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah adalah seseorang yang ditinggalkan atau dijauhi oleh sesama manusia hanya kerana mereka takut kepada kejahatannya". (HR Bukhari no.5575, Muslim no.4693)
- Kejahatan yang dilakukan dengan fizikalnya (tangan, kaki dll)
- Kejahatan mulutnya
Bersyukur kerana orang yang berusia 60 tahun ke atas diberikan keberkatan dan terlepas dari dosa seperti mana dalam hadis berikut:
Sabda Rasulullah SAW; "Allah SWT menghilangkan keuzuran bagi sesiapa yang dilewatkan ajalnya (dipanjangkan usianya) ketika dia sampai usia 60 tahun". (HR Bukhari no.6419)
Hadis ini bermaksud Allah memberi ruang kepada manusia untuk sedar, insaf, dan taubat hingga usianya 60 tahun. Orang yang mencapai usia tersebut telah matang kerana melalui pelbagai ujian. Jika tiada perubahan pada usia itu, orang tersebut mungkin sukar untuk dibentuk lagi.
Amalan Mudah Pahala Besar
Gunakan masa yang ada untuk beramal dengan amalan yang mudah tetapi pahalanya besar di sisi Allah SWT. Amalan ini haruslah berlandaskan ajaran yang dipandu oleh hujah dan dalil yang sahih.
1) Berdamping dengan Al-Quran
Rasulullah SAW bersabda; "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan". (HR Tirmidzi no.2910/2835)
Rasulullah SAW bersabda; "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya". (HR Bukhari no.5027)
Kita hendaklah sentiasa membaca Al-Quran dan mengajarkannya kepada ahli keluarga. Jika tidak mampu, hendaklah belajar membacanya.
2) Berzikir mengingati Allah
Allah berfirman; "Maka, ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku". (QS Al-Baqarah ayat 152)
Kita juga harus berterima kasih kepada imam yang membimbing zikir selepas solat fardhu. Setidak-tidaknya kita telah mendapat manfaat ganjaran pahala dan keampunan dengan zikir-zikir tersebut. Antara zikir yang dapat menghapuskan dosa ialah:
Sabda Rasulullah SAW; "Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya 99 kali, dan pada kali ke-100 mengucapkan: لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللَّÙ‡ُ ÙˆَØْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØَÙ…ْدُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙ‰ْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ Maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa sebanyak buih di lautan". (HR Muslim no.939)
3) Solat Sunat Dhuha
Nama Dhuha diberikan oleh ulama, tetapi solat ini sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW pada waktu Dhuha.
Sabda Rasulullah SAW; "Setiap pagi dari sendi masing-masing kalian ada sedekahnya, setiap tasbih adalah sedekah, tahmid adalah sedekah, dan tahlil adalah sedekah, setiap takbir sedekah, amar ma'ruf nahi mungkar sedekah, dan semuanya itu tercukupi dengan dua rakaat dhuha". —HR. Muslim no.1181
4) Bersedekah Walaupun Sedikit
Firman Allah SWT; "Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai itu mengandungi seratus biji. Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas, lagi Meliputi ilmu-Nya". (QS Al-Baqarah ayat 261)
5) Mendoakan Kebaikan untuk Orang Lain
Sabda Rasulullah SAW; "Tidak ada seorang muslim yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama'". (HR Muslim no.4912)
Amalan Zikir Mudah
1) Kalimah yang Ringan di Lidah tetapi Berat di Timbangan Mizan
Sabda Rasulullah SAW; "Dua kalimat yang ringan diucapkan tetapi berat timbangannya dan disenangi oleh Allah SWT iaitu, 'Subhanallahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil Azhim". — HR. Muslim no.4860
2) Zikir لا إلهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َريكَ Ù„َÙ‡ُ ، Ù„َÙ‡ُ المُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الØَÙ…ْدُ ؛ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ
Sabda Rasulullah SAW; "Barang siapa yang membaca Laa Ilaaha Illallahu Wahdahuu Laa Syariika Lah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Wa Huwa 'Alaa Kulli Syai'in Qadir, sebanyak seratus kali dalam sehari, maka baginya mendapatkan pahala seperti membebaskan sepuluh hamba, ditetapkan seratus kebaikan dan dijauhkan darinya seratus keburukan". (HR Muslim no.4857)
3) Zikir Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar
Sabda Rasulullah SAW; "Membaca سُبْØَانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَÙ„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø£َÙƒْبَرُ adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena oleh sinar matahari". — HR Muslim no.4861
4) Istighfar
Perbanyak memohon keampunan selepas solat. Istighfar membersihkan dosa-dosa kecil, sementara dosa besar akan terhapus dengan taubat.
Perkongsian Hadis
Amalan yang membawa manfaat dan berterusan pahalanya di akhirat:
Sabda Nabi SAW; "Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah: Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Qur’an yang dia wariskan, masjid yang dibina, rumah bagi ibnu sabil yang dia bina, sungai yang dia alirkan, sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika sihat dan hidup. Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah mati". — HR Ibnu Majah no.242
Antara yang boleh diambil pelajaran dari hadis di atas ialah, harta yang dibelanjakan untuk menuntut ilmu juga dikira sebagai amal jariah yang berpanjangan pahalanya. Orang yang mendirikan masjid atau menyumbang bahan binaan akan terus mendapat pahala meskipun telah meninggal dunia.








Catat Ulasan