Kuliah Maghrib 14 November 2024, Ustaz Arselan Salleh

Tarikh Penceramah Tajuk
14/11/2024 Ustaz Arselan Hakim Mohd Salleh Kitab Kematian

Hadis 1: Kelebihan disebalik demam

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW menziarahi seorang yang sakit kerana demam panas, diiringi Abu Hurairah. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.”
[HR. Muslim no.919]

Adab Ziarah Orang Sakit

  • Pilih waktu yang sesuai.
  • Jangan mengambil masa terlalu lama.
  • Tundukkan pandangan pada perkara yang tidak perlu.
  • Jangan bertanya atau bercakap terlalu banyak.
  • Tunjukkan keprihatinan terhadap si sakit.
  • Sentiasa doakan kebaikan untuk si sakit.

Kelebihan Ziarah Orang Sakit

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka (ketika ziarah itu) dia senantiasa berada dalam sebuah taman syurga sehinggalah dia pulang.”
[HR. Muslim no.4657/2568]
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka ada penyeru yang menyeru dari langit: Kamu adalah orang baik, dan langkahmu juga baik, dan engkau berhak mendapat satu tempat di syurga.”
[HR. Ibnu Majah no.1443)]

Pahala Solat Jenazah

“Sesiapa yang menghadiri solat jenazah sehingga disolatkan ke atasnya, maka baginya satu qirat. Sesiapa yang mengiringi jenazah sehingga ia dikebumikan, maka baginya dua qirat.”
Ditanyakan kepada Baginda SAW: “Apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat?” Baginda SAW menjawab: “Seperti dua gunung yang besar.”
[HR. Bukhari no.1325 dan Muslim no.945]

Kelebihan Ziarah Orang Sakit dan Sabar Menghadapi Penyakit

“Janganlah kamu mencela sakit demam. Kerana penyakit demam itu menghapus dosa-dosa anak cucu Adam (orang-orang yang beriman) sebagaimana perapian menghilangkan kotoran besi.”
[HR. Muslim no.4672]

Penyakit adalah Tanda Kasih Sayang Allah

Kesakitan dan penyakit adalah ujian Allah untuk menyucikan hamba-Nya dari dosa. Lakukanlah banyak kebaikan kerana kita tidak tahu amalan yang mana akan menyebabkan kita dimasukkan ke dalam syurga.

“Seorang lelaki menjumpai ranting pohon yang menjuntai ke jalan, lalu dia berkata, ‘Demi Allah, saya akan membuang ranting pohon ini agar tidak mengganggu kaum Muslimin yang lalu.’ Akhirnya, orang tersebut dimasukkan ke dalam syurga.”
[HR. Muslim no.1914]
Hadis 2: Keinginan Bertemu Allah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ï·º bersabda, Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

“Ketika hamba-Ku menyukai untuk bertemu dengan-Ku, Aku pun senang untuk bertemu dengannya, dan ketika hamba-Ku benci untuk bertemu dengan-Ku, Aku pun benci bertemu dengannya.”
[HR. Muslim no. 2683]

Orang mukmin yang beriman akan merasa gembira apabila diberi khabar tentang rahmat Allah dan ingin bertemu dengan-Nya.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama