
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
11/11/2024 | Ustaz Razemi Kasim |
Tatatertib Tidur Rasulullah ﷺ
Kita harus menjadi orang yang bersyukur dan tidak tergolong dalam kalangan orang yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran;
"Dan amat sedikit di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur."—(Surah Saba', 34:13)
Doa Pagi Dan Petang
Bersyukur kepada Allah atas nikmat kesihatan yang diberikan dan memohon kepada Allah akan ianya dikekalkan. Antara doa yang boleh diamalkan ialah;
"Allahumma ‘afini fi badani, Allahumma ‘afini fi sam’i, Allahumma ‘afini fi bashori, la ilaha illa anta"— (HR.Abu Daud no.5090, Isnad Hasan) [KLIK]
Doa di atas dibacakan oleh Nabi SAW pada waktu pagi dan petang, sebanyak tiga kali. Doa ini juga diamalkan oleh para sahabat apabila mereka mendengar Nabi SAW melakukannya.
Doa yang diajarkan kepada Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, ajarkanlah aku doa yang boleh aku baca pada waktu pagi dan petang." Lalu Rasulullah SAW bersabda:
اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ، عَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ
(“Ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Tuhan bagi segala sesuatu dan yang menguasainya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan sekutunya, serta daripada aku melakukan dosa terhadap diriku sendiri atau menyeretnya kepada seorang Muslim.”) — HR.Abu Daud no.5067, HR. Tirmidzi no.3529.
Tidur Cara Nabi SAW
Sebagai Muslim, kita disarankan mengikut sunnah Nabi SAW . Antaranya ialah tidur dalam keadaan berwuduk, dan membaca doa-doa yang diajarkan oleh Nabi SAW .
Kita juga disarankan mengikuti cara tidur Nabi; iaitu mengiring ke sebelah kanan.
Bersyukurlah atas segala nikmat Allah dan berdoa agar dikekalkan nikmat seperti penglihatan, pendengaran, dan kesihatan. Dengan penglihatan kita dapat membaca Al-Quran dan dengan pendengaran kita dapat mendengar majlis ilmu.






Catat Ulasan