
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
23/11/2024 | Ustaz Afifol Hizal Ramli | Adab Pembaca Al-Quran |
Kitab Adab Membaca Al-Quran (Imam Nawawi)
Membaca Al-Quran adalah ibadah yang mendekatkan seorang Muslim kepada Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menghayati adab-adab membaca Al-Quran sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama, termasuk Imam Nawawi dalam kitabnya, Adab Pembaca Al-Quran.
Bersyukur dan Bertawasul dengan Kebaikan
Apabila menerima nikmat, kita harus segera bersyukur dan bertawasul dengan kebaikan yang telah diperolehi, serta bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Allah SWT menjanjikan balasan yang tidak terhingga bagi mereka yang bersyukur:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi."
(Surah Fatir: 29-30)
Melalui ayat ini, Allah memotivasi kita untuk menjadi tiga golongan yang disebutkan: pembaca Al-Quran, pendirian solat, dan mereka yang bersedekah. Ketiga-tiga amalan ini adalah bentuk syukur yang akan mendatangkan tambahan kurniaan daripada Allah SWT.
Keutamaan Membaca dan Mempelajari Al-Quran
Bagi yang tidak mampu menghafal Al-Quran, jadilah pembacanya yang istiqamah. Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
(HR. Bukhari no. 5027)
Kita digalakkan mencari peluang untuk mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-Quran. Jangan pernah malu untuk belajar kerana ia adalah usaha yang sangat mulia di sisi Allah. Bahkan, bagi mereka yang menghadapi kesukaran dalam membaca Al-Quran, terdapat ganjaran besar:
"Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah. Dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya, maka untuknya itu dua ganjaran."
(HR. Muslim no. 798)
Mengamalkan Sunnah yang Shahih
Imam Nawawi menekankan kepentingan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Kitab Shahih Bukhari dianggap kitab yang paling sahih selepas Al-Quran. Dengan mengamalkan ajaran Nabi yang shahih, kita terpelihara daripada amalan yang tidak diketahui kesahihannya.
"Sesiapa yang disibukkan dengan al-Quran dan mengingati-Ku sehingga dia tidak sempat meminta kepada-Ku, Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diberikan kepada orang yang meminta. Keutamaan kalam Allah atas seluruh perkataan adalah seperti keutamaan Allah atas seluruh makhluk-Nya."
(HR. Tirmidzi no. 2926 - Hasan Gharib)
Al-Quran Sebagai Hujah
Al-Quran adalah sumber petunjuk, dan ia akan menjadi hujah bagi seseorang atau menentangnya bergantung kepada amalannya. Dalam hadis, Nabi SAW bersabda:
"Bersuci adalah separuh daripada iman. Ucapan 'Alhamdulillah' memenuhi timbangan, dan ucapan 'Subhanallah' serta 'Alhamdulillah' memenuhi ruang antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, kesabaran adalah sinar, dan Al-Quran akan menjadi hujah bagimu atau hujah terhadapmu. Setiap manusia memulai harinya, maka dia menjual dirinya, lalu dia memerdekakannya (dengan taat) atau membinasakannya (dengan maksiat)."
(HR. Muslim no. 223)















Catat Ulasan