Kuliah Maghrib Ustaz Mohd Hanafiah Mohd Ali, 21 November 2024

Tarikh Penceramah Tajuk
21/11/2024 Ustaz Mohd Hanafiah Mohd Ali

Nota Kuliah

Tanggungjawab Anak kepada Ibu Bapa Selepas Kematian

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, adakah masih ada kebaikan yang boleh saya lakukan untuk ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?" Baginda menjawab: "Ya, iaitu mendoakan mereka, memohon keampunan untuk mereka, melaksanakan janji mereka selepas kematian, menyambung silaturahim yang hanya dapat disambung melalui mereka, dan memuliakan sahabat-sahabat mereka."Riwayat Abu Daud no.5142 (D)


Tanggungjawab Pertama Selepas Ibu Bapa Meninggal Dunia

  1. Menguruskan Jenazah dengan Baik
    • Bersihkan jenazah, tukar pakaian yang sesuai, dan pastikan tiada aib yang terlihat.
    • Tutup mata jenazah kerana mata orang yang meninggal mudah terbuka jika dibiarkan terlalu lama. Imam Qurtubi menyebutkan dalam kitabnya bahawa keadaan mata terbeliak disebabkan mata si mati mengekor roh yang keluar.
    • Ikat dagu agar mulut tidak terbuka dan menghindari serangga masuk.
    • Lembutkan anggota badan dengan urutan perlahan.
    • Tindih perut dan kedua-dua kaki untuk mengelakkan kembung.
    • Letakkan jenazah di tempat tinggi dengan kaki menghadap kiblat, serta tinggikan sedikit bahagian kepala.
    • Tutup jenazah dengan kain.

  2. Sebelum Pengebumian
    • Semak hutang arwah kepada Allah, seperti nazar, haji, atau puasa yang tertinggal. Waris perlu bertanya kepada ahli keluarga, rakan, atau jiran bagi mendapatkan maklumat.
    • Lunaskan hutang kepada manusia seperti wang, janji, wasiat, atau hajat yang belum ditunaikan.
    • Uruskan harta arwah dengan adil, termasuk mengasingkan hutang dan pembahagian harta pusaka.
    • Umumkan kematian bagi mengajak orang ramai menyolatkan dan mendoakan jenazah.


Nota Penting: Anak-anak digalakkan menguruskan jenazah ibu bapa sendiri sebagai tanda bakti terakhir, walaupun tugas ini boleh diserahkan kepada petugas khairat kematian.

Dibenarkan berkabung selama tiga hari.


Tanggungjawab Selepas Pengebumian

  1. Berdoa dan Memohon Keampunan

    Anak perlu sentiasa mendoakan keampunan untuk ibu bapa. Doa anak soleh tidak terputus hingga hari kematiannya. Rasulullah SAW bersabda:

    "Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya."Riwayat Muslim no.1631

     

  2. Melakukan Amal Kebaikan
    • Sedekah atas nama ibu bapa akan sampai ganjarannya kepada mereka.
    • Ziarah kubur dengan dua tujuan:
      • Mendoakan ibu bapa.
      • Menginsafi diri dan mengingatkan tentang kematian.
    • Berikan salam di kawasan perkuburan, kemudian salam khusus di kubur ibu bapa. Si mati mengetahui kehadiran orang yang menziarahi mereka.

  3. Menziarahi Sahabat dan Kerabat Ibu Bapa
    • Mengekalkan hubungan baik engan rakan-rakan ibu bapa yang masih hidup.
    • Lakukan kebaikan yang biasa dilakukan oleh ibu bapa, seperti bersedekah kepada rakan-rakan mereka.
    • Jangan putuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat ibu bapa.

Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa tidak terhenti ketika mereka masih hidup, tetapi berterusan sehingga selepas kematian mereka. Anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawab ini seperti yang diajarkan Rasulullah SAW.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama