Kuliah Maghrib 19 November 2024, Ustaz Mohd Asri Awang

Tarikh Penceramah Tajuk
19 November 2024 Ustaz Mohd Asri Awang Fiqh Manhaji Mazhab Shafie

Nota Kuliah
JAMAK & QASAR

Syarat-syarat sah 
- Jarak perjalanan 81KM (2 marhalah)
- Perjalanan yang diketahui destinasi dan tujuan
- Perjalanan yang bukan dengan tujuan maksiat
- Mesti mengetahui hukum hakam tentang jamak, qasar. (Mazhab Syafie mengatakan tidak sah solat jamak dan qasar jika tidak tahu cara solat dan keharusan jamak qasar)

Situasi 1
Adakah rumah di kampung dikira sebagai tempat bermukim?

Contoh: Tinggal dan bekerja di Temerloh, rumah ibu bapa di Bandar Kuantan, dan rumah sendiri di Beserah.

Jawapan:
Rumah ibu bapa di kampung: Boleh jamak dan qasar (tidak lebih 3 hari 3 malam)
Rumah sendiri di Beserah: Tidak boleh jamak dan qasar 

Rumah ibu bapa bukan lagi tempat bermukim seseorang yang sudah pun bermukim di tempat lain. Jadi dibenarkan untuk solat jamak dan qasar. Sekiranya dia pulang ke rumah sendiri (di Beserah) maka dia sudah tidak boleh lagi menjamak dan mengqasarkan solat.

Situasi 2
Seseorang yang tinggal di Kuantan dan bekerja di Temerloh. Berulang setiap hari dari Kuantan ke Temerloh. Maka dalam situasi ini adalah dibolehkan baginya untuk menjamak dan menqasarkan solat setiap hari, walaupun di tempat kerjanya.

Situasi 3
Seseorang yang dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lumpur. Dia sudah melakukan solat jamak dan qasar di Kuala Lumpur untuk solat Zohor dan Asar. Kemudian dia bergerak ke Temerloh dan tiba di Temerloh sebelum solat Asar. Maka dia tidak perlu lagi solat Asar kerana solat jamak dan qasar-nya semasa di Kuala Lumpur sudah sah.

Situasi 4
Seseorang yang dalam perjalanan dari Temerloh dan pergi ke Lanchang tanpa hendak berniat lebih awal untuk ke Kuala Lumpur. Apabila tiba di Lanchang, dia baru merancang hendak teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, maka dia tidak diharuskan untuk solat jamak dan qasar, dan perjalanan musafirnya adalah bermula dari Lanchang, bukan Temerloh.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama