Kuliah Subuh 23 November 2024 November, Ustaz Zakaria Mat Dilu

Tarikh Penceramah Tajuk
23/11/2024 Ustaz Zakaria Mat Dilu Syarah Aqidah Attahawiyah

Nota Kuliah

Allah SWT tidak bersifat Maha Hidup kerana Dia adalah Zat yang menciptakan kehidupan. Manusia, sebaliknya, hidup atas izin dan kuasa-Nya.


Segala kehidupan di dunia ini hanyalah bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.


Allah tidak layak dibandingkan dengan segala sembahan makhluk yang dilakukan oleh manusia syirik seperti pokok, berhala, matahari, dan sebagainya. Semua itu hanyalah makhluk yang lemah, tidak berkuasa, dan bergantung kepada Pencipta. Berbanding Allah SWT, yang merupakan Pencipta segala-galanya, tiada makhluk atau entiti lain yang setara atau berkongsi kuasa dengan-Nya. Segala urusan kehidupan, seperti memberi rezeki, menentukan hidup dan mati, serta mengatur perjalanan alam semesta, adalah hak mutlak Allah SWT sahaja.


Allah SWT Maha Berkuasa untuk menciptakan manusia tanpa ‘sebab’ atau proses biologi seperti ibu atau bapa. Sebagai contoh, Nabi Adam diciptakan tanpa ibu dan bapa, manakala Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Ini menunjukkan bahawa kuasa Allah tidak terikat kepada hukum sebab dan akibat seperti makhluk.


Namun begitu, dalam kehidupan di dunia, Allah menetapkan hukum sunnatullah, iaitu hubungan sebab dan musabab. Contohnya, kejayaan datang daripada usaha dan doa. Hukum ini adalah ketetapan Allah sebagai tanda keadilan dan hikmah-Nya dalam mengatur perjalanan kehidupan manusia.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama