14 November 2024 – Bertempat di bilik mesyuarat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) pagi ini, Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) MTTJ telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Ab Manaf Safien, selaku Pengerusi BKS MTTJ. Mesyuarat turut dihadiri oleh Setiausaha BKS, Puan Sharifah Norisham Syed Abdullah, bersama ahli-ahli jawatankuasa lain yang terlibat dalam pelaksanaan program kebajikan dan sosial masjid.
Antara yang dibincangkan ialah ialah; senarai penerima bantuan melalui program MyFundAction, pelaksanaan Program Ziarah Perihatin, senarai penyumbang bantuan, serta aktiviti kebajikan yang telah dan akan dijalankan oleh BKS MTTJ.





Catat Ulasan