Program Penyerahan Pek Keperluan Asas Koloborasi MTTJ, MyFundAction



23 November 2024 — Pada pagi ini, program penyerahan pek bantuan keperluan harian kepada 50 orang penerima telah diadakan di foyer Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ). Program ini bermula tepat jam 10.00 pagi dan dipengerusikan oleh Encik Mazlan Hanfiah, selaku Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ.


Turut hadir dalam masjlis ini ialah; Timbalan Pengerusi MTTJ, Dato' Zainal Abidin Md Amin, yang mewakili Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail dan Koordinator Projek MyFundAction Pahang, Encik Syakir Fitri.


Imam II MTTJ, Haji Husssin Mohamed mengetuai bacaan doa bagi membuka majlis dan diikuti dengan ucapan dari Dato' Zainal Abdin Md Amin. Dalam ucapannya, beliau mengambil kesempatan menyampaikan salam daripada Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail, yang tidak dapat hadir kerana terlibat dalam urusan di tempat lain. Dato' Zainal turut merakamkan penghargaan kepada MyFundAction atas pemilihan MTTJ sebagai rakan kolaborasi dalam menjayakan program kebajikan ini. Program kebajikan MTTJ dikelolakan secara aktif oleh Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), yang diketuai oleh Encik Ab Manaff Bin Safien. Hampir setiap hari, BKS mengatur dan melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan untuk memberi manfaat kepada komuniti setempat.


Sementara itu, Koordinator Projek MyFundAction Pahang Syakir Fitri dalam ucapannya pula, memuji usaha BKS yang sangat aktif, dan ini merupakan tahun ketiga pihaknya bekerjasama dengan BKS. Beliau juga turut memuji MTTJ sebagai sebuah masjid yang aktif dan kondusif, serta merupakan masjid terbaik yang pernah dilawatinya.


Majlis diteruskan dengan penyerahan simbolik 5 kotak pek eperluan asas, manakala baki 45 pek lagi akan diuruskan oleh AJK BKS. 


Majlis tamat sekitar jam 10.45 pagi.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama