23 November 2024 — Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Sosial Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) serta wakil daripada MyFundAction yang diketuai oleh Koordinator Projek MyFundAction Pahang, Encik Syakir Fitri, bertempat di bilik mesyuarat MTTJ.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Bendahari Masjid, Haji Hassan Samadi, dengan tujuan membincangkan pelbagai isu dan cadangan berkaitan kebajikan serta program sosial untuk manfaat komuniti setempat.
Selesai sesi perbincangan, semua yang hadir dijemput menikmati jamuan makan yang disediakan, sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama dalam perbincangan tersebut.







Catat Ulasan