Program Derma Darah Kerjasama MTTJ dan HOSHAS


23 November 2024 — Bertempat di foyer Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah berlangsung program Derma Darah yang merupakan program kerjasama MTTJ dan Unit Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). 

Pasukan petugas Unit Tabung Darah, HOSHAS diketuai oleh Dr Saifullah Ab Sakri dan dibantu oleh 11 orang kakitangan. Mereka menyasarkan 30  orang penderma hadir untuk menderma darah dalam sesi ini. 

Dalam pada itu, seramai 70 individu dari komuniti Taman Temerloh Jaya hadir untuk menderma darah, jumlah ini melepasi sasaran awal iaitu seramai 30 penderma. Hasilnya, sebanyak 44 beg darah berjaya dikumpul pada hari ini. Sambutan menggalakkan dari komuniti Taman Temerloh Jaya ini dilihat mampu memberi sumbangan besar dalam memastikan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan perubatan bagi mereka yang memerlukan di HOSHAS khususnya. 

Program yang bermula jam 9.30 pagi ini berakhir pada jam 2.00 petang.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama