12 November 2024 — Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Daerah Temerloh Dan Jerantut yang diadakan sempena Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2024 telah berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh pagi ini. Majlis ini turut melibatkan penyampaian bantuan kepada masjid, surat kebenaran Jumaat, Maahad Tahfiz/Pondok, pelajar tahfiz/pondok, dan mualaf di daerah Temerloh dan Jerantut.
Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), yang turut serta dalam seminar tersebut, diwakili oleh Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail; Timbalan Pengerusi, Dato' Zainal Abidin Md Amin; Setiausaha, En. Zulkanain Hashim; dan Bendahari Masjid, Haji Hassan Samadi.
Seminar ini antara lain bertujuan untuk memberikan panduan dan meningkatkan kefahaman ahli jawatankuasa masjid dalam usaha mengimarahkan institusi masjid dan memperkukuhkan peranan mereka dalam komuniti.
Slot Program
Slot | Masa | Penyampai | Tajuk |
---|---|---|---|
1 | 8.00 pagi | Ustaz Syed Ana Ruhiza'at bin Syed Alwi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAIP | Program Penarafan Masjid Negeri Pahang |
2 | 10.00 pagi | Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan | Pengamalan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia |
3 | 11.00 pagi | YBhg. Datuk Haji Mohd Nakaie bin Haji Ahmad | Kepimpinan dan Tanggungjawab dalam Memperkukuhkan Peranan Jawatankuasa Masjid |
4 | 12.00 tengah hari | Encik Mohammad Hassan bin Zulkifli, PKPs, SPRM Negeri Pahang | Cara Menangani Cabaran Kewangan Masjid dan Penyelesaiannya |



















Catat Ulasan