
23 Februari 2025 — Pagi ini, Masjid Tengku Makhota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Dun Chuah, Port Dickson.
Rombongan yang terdiri daripada 44 peserta itu telah disambut mesra oleh pihak masjid dan dibawa ke Dewan Seminar MTTJ bagi mengikuti sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Hassan Samadi dan dibantu oleh En. Zulhanee Mohamed, Timbalan Setiausaha MTTJ.
Dalam sesi tersebut, Tuan Haji Hafizan Samadi telah berkongsi mengenai strategi pengimarahan masjid dan memberi penerangan tentang modul yang digunakan di MTTJ dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid.
















Catat Ulasan