
22 Februari 2025 — Program gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Islam Kampung Tualang, Temerloh anjuran Badan Khairat Kematian Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (BKK MTTJ) telah berlangsung pada hari ini.
Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari ini menyaksikan penyertaan lebih daripada 100 orang ahli komuniti setempat dan juga khariah MTTJ. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk mengecat kepuk kubur, stor, dan gazebo, membersihkan kawasan perkuburan, serta mengemas kawasan sekitar bagi mencantikkan suasana.
Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan kawasan perkuburan sentiasa terpelihara, bersih, dan selesa buat para pengunjung, di samping menghormati tempat persemadian saudara-saudara yang telah pergi.
"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bersama kita berbakti."























Catat Ulasan