
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
22/02/2025 | Ustaz Muhammad Faiz Syahmi Shahabuddin | Ganti |
Peringatan Tentang Akhirat: Di hari akhirat kelak, Allah SWT akan bertanya kepada kita, seperti dalam Surah Al-Mu’minun:
"Berapa lama kamu hidup di muka bumi?"
Kita akan berkata:
"Kami hidup sehari atau sebahagian daripada sehari sahaja."
Begitulah dahsyatnya hari akhirat. Kehidupan dunia yang bertahun-tahun akan terasa seolah-olah hanya sehari, bahkan mungkin hanya separuh hari sahaja.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nazi’at, ayat 46:
"Pada hari mereka melihatnya, seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan waktu petang atau waktu pagi sahaja."
Persediaan Menghadapi Kematian: Bayangkan, jika hidup kita tinggal dari waktu pagi hingga waktu dhuha sahaja, apakah yang akan kita lakukan? Pasti kita akan segera bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah, bukan membuang masa dengan perkara yang sia-sia.
Kepentingan Menuntut Ilmu: Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda:
"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim."
Ramai yang salah faham, menyangka ibadah wajib itu hanya solat atau puasa, sedangkan menuntut ilmu juga adalah fardhu. Tuan-tuan yang hadir malam ini sedang menunaikan ibadah wajib, bukan sekadar ibadah sunat.
Tafsir Ayat Puasa: Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
Ayat ini menunjukkan bahawa puasa bukan hanya diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW, malah juga ke atas umat terdahulu. Bezanya, umat terdahulu ada yang menyeleweng dalam ibadah puasa mereka, ada yang berpuasa hanya dengan makan sayur atau tidak minum air, dan ada yang terlalu ekstrem sehingga membahayakan diri sendiri.
_____________________________
Kelebihan Bulan Ramadan: Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan. Dalam bulan ini, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Oleh itu, marilah kita manfaatkan bulan ini untuk memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, bersedekah, dan memperbaiki diri.
Dibolehkan berbuka puasa bagi musafir: Perjalanan yang diharuskan oleh syarak bukanlah perjalanan maksiat. Selain itu, perjalanan tersebut mestilah bermula sebelum masuk waktu subuh; sebelum subuh lagi, seseorang itu sudah perlu keluar. Pada malam sebelumnya, sebelum bermusafir, wajiblah dia berniat untuk tidak berpuasa pada keesokan harinya sekiranya dia tahu akan bermusafir.
Persoalannya, adakah wajib berniat untuk tidak berpuasa malam itu? Jawapannya, tidak wajib. Jika dia telah merancang untuk tidak berpuasa, dia tidak perlu berniat puasa malam itu. Namun, sekiranya dia belum berniat, dia perlu berniat seperti biasa. Jika esoknya dia memutuskan untuk berbuka, terpulanglah padanya.
Ini kerana kita merancang, tetapi Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Mungkin kita merancang untuk keluar awal pagi, tetapi akhirnya terlajak tidur sehingga waktu subuh kerana tidur lewat malam itu.
Maka hendaklah ia menggantikan puasa itu pada hari-hari yang lain.
Bagi mereka yang tidak mampu, seperti orang tua yang diuji dengan penyakit nyanyuk atau kesihatan yang terjejas, Allah memberikan keringanan untuk tidak berpuasa dan menggantikannya dengan membayar fidyah. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 184:
Sesiapa yang memberikan lebih (daripada kadar fidyah yang ditetapkan), maka itu adalah lebih baik baginya.
Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu.
Bagi musafir pula, jika berpuasa memudaratkan, maka lebih afdhal untuk berbuka. Contohnya, jika seseorang itu memandu jarak jauh dan memerlukan kopi untuk kekal segar, maka lebih baik dia berbuka. Namun, jika perjalanan tersebut tidak memudaratkan, lebih baik dia teruskan puasa.
Dalam mazhab Syafi’i, seseorang yang bermusafir sejauh dua marhalah (sekitar 122 km ke atas) boleh menjamak dan meringkaskan solat. Namun, jika jarak perjalanan kurang daripada itu, adalah lebih afdhal untuk solat seperti biasa. Bagi puasa pula, yang diambil kira adalah sama ada ia memudaratkan atau tidak.
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil.
_____________________________
Petunjuk daripada al-Quran terbahagi kepada dua:
- Petunjuk Ilmu – Seseorang tahu tentang hukum-hakam, tetapi tidak mengamalkannya.
- Petunjuk Amal – Seseorang tahu dan mengamalkan ilmu tersebut.
Contohnya, ada orang yang tahu kelebihan solat berjemaah di masjid, tetapi tidak melakukannya kerana hanya memiliki petunjuk ilmu, bukan petunjuk amal.
Adapun kaum Samud, Kami telah memberi petunjuk kepada mereka, tetapi mereka lebih menyukai kesesatan daripada petunjuk.
Aku beriman bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang diimani oleh Bani Israel.
Namun, dia tetap tidak mengakui Allah secara langsung kerana egonya.
Dan hendaklah kamu cukupkan bilangan hari (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah.














Catat Ulasan