Program "Sihat Badan Mudah Amalan Menjelang Ramadhan" di MTTJ



22 Februari 2025 — Satu program kesihatan bertemakan "Sihat Badan Mudah Amalan Menjelang Ramadhan" telah berlangsung di foyer Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) pagi ini. Program ini dianjurkan oleh Zetta Wellness Cabin dengan matlamat membantu masyarakat menjaga kesihatan fizikal menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba.


Sebanyak sepuluh kabin rawatan disediakan secara percuma kepada ahli kariah masjid, menawarkan perkhidmatan pemulihan sel menggunakan teknologi infrared dan ion tourmaline. Teknologi ini dipercayai mampu membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan tulang belakang, mempercepat perkumuhan bahan toksik dari tubuh dan banyak lagi.


Selain rawatan percuma, para jemaah turut berpeluang mendapatkan penerangan terperinci mengenai manfaat produk kesihatan tersebut secara one-to-one dengan kakitangan Zetta Wellness Cabin. Sesi interaktif ini membolehkan peserta bertanyakan soalan dan mendapatkan nasihat berkaitan produk dan perkhidmatan Zetta Wellness Cabin.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama