Ziarah Kasih Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ



28 Februari 2025 — Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah mengadakan program Ziarah Kasih pagi ini ke rumah ahli komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan.


Program ini diketuai oleh Setiausaha BKS, Puan Emy Nadiah Azman, bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) BKS, termasuk Puan Hasnah Mat Yassin dan Puan Nurazmin Yahya. Ziarah bermula pada jam 9.00 pagi dengan tujuan menyantuni keluarga yang kehilangan insan tersayang.


Destinasi pertama ialah kediaman balu arwah Khairil Eidlan Bin Mohd Zainal di Jalan TJ 9/4, yang kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya. Seterusnya, rombongan menziarahi balu arwah Rohime Bin Rozali di Jalan TJ 8/10, yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Februari lalu.


Sebagai tanda ingatan dan sokongan moral, pihak BKS yang mewakili MTTJ turut menyampaikan sumbangan tunai kepada kedua-dua keluarga. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha masjid dalam memperkukuh kebersamaan dan kebajikan dalam kalangan komuniti setempat.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama