MrJazsohanisharma

Ziarah Kasih Pengerusi MTTJ dan BKS ke Rumah Ahli Khariah Yang ditimpa Ujian



22 Februari 2025 —Selepas selesai solat Jumaat pada petang ini, Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (BKS-MTTJ) telah mengadakan satu program ziarah kasih ke rumah dua orang ahli kariah yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.


Program ini diketuai oleh Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail, bersama Pengerusi BKS, En. Ab Manaff Safien, serta En. Ghazali dan En. Fendi Ismail. Inisiatif ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada ahli kariah yang memerlukan.


Ziarah pertama dilakukan ke rumah Haji. Hanif, yang sedang menghadapi ujian penyakit strok. Walaupun beliau masih mampu berkomunikasi, percakapannya agak sukar difahami. 


Seterusnya, rombongan ziarah melawat En. Razali, yang menghidap masalah slip disc (sakit berkaitan tulang belakang). Keadaannya memaksa beliau menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan seharian.


Diharapkan agar dengan kehadiran rombongan pihak masjid ini sedikit sebanyak memberi semangat dan keceriaan kepada mereka dan dalam masa sama dapat mengukuhkan lagi hubungan ukhuwah sesama ahli kariah. 



VIDEO
Kredit: FBI MTTJ

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama