Majlis Sumbangan Khas Aidilfitri MTTJ 2025/1446H Hargai Sumbangan AJK dan Petugas Masjid



27 Mac 2025 — Bagi menghargai jasa serta komitmen Ahli Jawatankuasa (AJK) dan petugas Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), pihak pengurusan masjid telah mengadakan Majlis Sumbangan Khas Aidilfitri MTTJ 2025/1446H pada malam ini. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pengorbanan mereka dalam mengelola aktiviti masjid selama ini.


Majlis yang berlangsung di Dewan Seminar MTTJ ini diadakan sejurus selesai solat Tarawih dan diacarakan oleh En. Zulkanain Hashim, selaku Setiausaha Masjid.


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Imam I MTTJ, Ustaz Haji Mohd Asri Awang, yang mewakili Pengerusi MTTJ. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan yang tinggi kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada masjid. Beliau menekankan kepentingan semua pihak untuk terus mengekalkan semangat kebersamaan dalam usaha memartabatkan rumah Allah ini.


Kemuncak majlis adalah sesi penyampaian saguhati penghargaan kepada semua AJK, pegawai, serta petugas masjid sebagai tanda terima kasih atas dedikasi mereka dalam memastikan segala urusan masjid berjalan lancar. Penyampaian saguhati ini telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Mohd Asri Awang, dengan diiringi oleh Tuan Haji Hassan Samadi, selaku Bendahari Masjid.


Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.




Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama