
23 Mac 2025 — Sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk telah diagihkan dalam program sumbangan WHA Group Holding Sdn. Bhd. dengan kerjasama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), pada petang ini.
500 bekas bubur lambuk telah diedarkan di masjid, manakala baki 1,000 bekas lagi diagihkan kepada orang ramai di jalan utama Taman Temerloh Jaya, (berhadapan gerai roti canai Fendi).
Bubur lambuk ini disediakan oleh perniagaan Makcik Maniss Enterprise dari Kampung Tualang.
Proses agihan dikendalikan oleh Team Remaja MTTJ iaitu Amsyar, Raziq, Syahmi dan Lokman, di bawah pemantauan En. Hamdan Saidin. Turut membantu ialah En. Azmi dan En. Jasni dari Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ.
Agihan yang bermula 5.15 petang berakhir sekitar jam 6.20 petang.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha WHA Group Holding Sdn. Bhd. dalam memperkukuh tanggungjawab sosial korporat serta memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya di dalam komuniti Taman Temerloh Jaya ini.

















Catat Ulasan