BKS MTTJ Salur Bantuan Kerusi Roda kepada Pesakit Diabetes



13 Mac 2025— Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) pada hari ini telah membuat penghantaran kerusi roda kepada seorang ahli komuniti yang memerlukan.


Pesakit, En. Mazlan Taib dari TJ 8/7A, baru menjalani prosedur pemotongan kaki di bawah lutut akibat komplikasi kencing manis di HOSHAS dan memerlukan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.


Menyedari keperluan mendesak ini, BKS segera menghantar kerusi roda tersebut sebaik sahaja selesai solat Asar petang tadi. Bantuan disampaikan sendiri oleh wakil BKS; En. Ab. Manaff Safien, En. Jasni Ismail dan En.Borhan Mohd Marzuki.


En. Ab. Manaff Safien yang juga Pengerusi BKS mengharapkan dengan adanya kerusi roda ini, ia dapat membantu En. Mazlan bergerak dengan lebih selesa di rumah.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama