50 Asnaf Khariah MTTJ Terima Sumbangan NGO


27 Mac 2025 — Program penyerahan bantuan kepada asnaf dalam kariah Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, berlangsung pagi ini di foyer masjid.


Program ini dianjurkan oleh MTTJ dengan kerjasama Pejabat Penilaian Temerloh yang mewakili Yayasan Nurjiwa, dan Syarikat Sri Tanah Merah, bagi membantu golongan yang memerlukan.


Program yang bermula pada jam 9.30 pagi ini diacarakan oleh En. Mazlan Hanfiah (AJK Biro Kebajikan dan Sosial —BKS)


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Nasran Hussin (AJK BKS), diikuti ucapan alu-aluan dari Imam I MTTJ, Ustaz Haji Mohd Asri Awang yang mewakili Pengerusi masjid. Dalam ucapan alu-aluannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 


Tambahnya lagi, program sebegini merupakan aktiviti yang sinonim dengan MTTJ dan mengharapkan kerjasama berterusan dari penyumbang-penyumbang korporat termasuklah dari pihak Yayasan Nurjiwa dan Syarikat Tanah Merah sendiri.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil penyumbang, En. Mohd Nizam Zainal, dari Pejabat Penilai Daerah Temerloh. Dalam ucapannya beliau turut berkongsi sedikit latarbelakang Yayasan Nurjiwa dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh NGO tersebut. 


Seterusnya, En. Mohd Nizam Zainal dengan diiringi Ustaz Haji Asri telah menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima yang layak. 


Sementara itu, menurut En. Ab Manaff Safien, Pengerusi BKS MTTJ, penerima bantuan pada hari ini terdiri daripada golongan asnaf yang telah dikenal pasti melalui pangkalan data BKS. Seramai 50 orang telah disenarai pendek dan layak  menerima sumbangan yang disediakan.


Sebelum ini, pada 25 Mac yang lalu, pihak Yayasan Nurjiwa telah menyerahkan 50 bungkusan barangan dapur kepada MTTJ untuk diagihkan kepada penerima yang layak.


Majlis pagi ini berakhir sekitar jam 11.00 pagi




Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama