BKS MTTJ Perkemas Aktiviti Kebajikan dalam Mesyuarat AJK

11 Mac 2025 — Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah berlangsung pagi ini di bilik mesyuarat masjid.


Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Ab Manaff Safien, selaku Pengerusi BKS, dengan kehadiran seramai 10 orang AJK BKS. Antara perkara yang dibincangkan adalah penyelesaian beberapa isu dan juga perancangan akan datang biro dalam memperkemaskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kebajikan bagi manfaat komuniti setempat.


Mesyuarat yang bermula pada jam 10.30 pagi ini berlangsung dengan lancar sebelum berakhir pada jam 11.45 pagi.


Terbaru Lebih lama