Program Infaq Adabi 2025 di MTTJ


14 Mac 2025 — Pelbagai barangan makanan jenama Adabi ditawarkan kepada orang ramai hari ini di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) menerusi program Infaq Adabi 2025.

Semua barangan dijual dengan potongan harga sebanyak 10%. Seramai 8 kakitangan Adabi dari Mentakab turut bertugas dalam program ini.

Selain jualan, pihak Adabi turut menyediakan bihun goreng dan bubur lambuk untuk para jemaah yang menyertai iftar jama’ie pada petang ini.

Jualan yang bermula pada jam 2.00 petang, sejurus selepas solat Jumaat ini berakhir pada jam 7.00 petang.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama