Qari Antarabangsa, Dato' Haji Ahmad Faizul, Pimpin Tarawih Jemaah MTTJ

19 Mac 2025 — Jemaah Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) malam ini bertuah kerana berpeluang menunaikan solat Isyak dan Tarawih yang dipimpin oleh imam jemputan, Dato' Haji Ahmad Faizul bin Haji Ghazali Al-Hafiz.


Beliau yang juga seorang Qari bertaraf antarabangsa, hadir ke MTTJ bagi mengimamkan solat Isyak dan Tarawih serta memimpin bacaan surah Al-Mulk.


Anak kelahiran Pahang ini merupakan Tokoh Tarannum Al-Quran Tanah Air dan pernah dinobatkan sebagai Johan Qari Tilawah Antarabangsa 2003.


Kehadiran Dato' Haji Ahmad Faizul pada malam ini adalah kali kedua selepas kali terakhir menjadi imam jemputan di MTTJ pada bulan Ramadan tahun 2022 yang lalu.


Bagi yang tidak berkesempatan hadir solat Tarawih malam ini, rakaman siaran langsung juga disediakan oleh pihak MTTJ melalui pautan ini.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama