
25 Mac 2025 — Program Derma Darah yang dianjurkan oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HOSHAS) dengan kerjasama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah berlangsung pada malam ini.
Program yang bermula pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam di foyer masjid ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada jemaah dan khariah MTTJ.
Menurut wakil HOSHAS yang bertugas, tujuan utama kempen derma darah pada malam ini adalah untuk mengumpulkan "Fresh blood", iaitu darah segar yang belum diproses atau disimpan lama. Fresh blood ini masih mengandungi semua komponennya dan penting bagi memastikan bekalan mencukupi, terutama untuk kes kecemasan dan rawatan khas.
Program derma darah ini amat penting bagi memastikan bekalan darah di hospital sentiasa mencukupi. Sumbangan darah daripada orang ramai dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan pemindahan darah.

























Catat Ulasan