MTTJ Tuan Rumah Program Ihya' Ramadan "Berkat Musyawarah: Malaysia MADANI Bekerja" Zon Timur, siri ke-4



22 Mac 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Temerloh, sekali lagi menjadi pusat penyatuan masyarakat apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi program Ihya' Ramadan "Berkat Musyawarah: Malaysia MADANI Bekerja" Zon Timur, siri ke-4. Masjid Temerloh Jaya, sebelum ini terkenal dengan aktiviti kemasyarakatan dan dakwahnya, membuktikan bahawa masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga pusat komuniti yang memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan sosial.


Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk memperkukuhkan nilai perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan semangat Malaysia MADANI. 


Hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dato' Ismail Yusop. Dalam ucapannya beliau beliau menzahirkan perasaan terharu atas kerjasama pihak masjid dan komuniti Temerloh Jaya yang hadir dalam  menjayakan program ini, dan turut. Menurutnya, penglibatan aktif komuniti setempat turut menyemarakkan lagi suasana, mencerminkan semangat kebersamaan yang tinggi. Dalam pada itu, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa memelihara keharmonian kaum dan mengelakkan sebarang sentimen perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan negara.


Turut hadir ke program tersebut ialah; ialah YB Woo Chee Wan,ADUN Mentakab, YBhg. Dato’ Hj Zainal Abidin Bin Md Amin, Timbalan Pengerusi MTTJ, Tuan Ahmad Nizam Hamid, Ahli Lembaga Pengarah FELDA, Puan Rina Sharlinda binti Zabri, Penolong Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang, Encik Mohd Amran bin Jalaluddin, Ahli Majlis Perbandaran Temerloh, wakil-wakil Jabatan dan Agensi Kementerian Komunikasi.


Kredit: Dato Ismail Yusop


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama