
1 Mac 2025 — Mesyuarat penyelarasan bagi Majlis Tadarus Wanita PERKIM Zon Tengah, PPP(WI), dan LKPIM telah berlangsung di bilik mesyuarat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) pada pagi ini.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi ini membincangkan pelbagai perkara penting yang turut melibatkan beberapa cawangan PERKIM seperti Temerloh, Jerantut, Maran, Bera, serta PPP(WI) dan LKPIM.
Majlis Tadarus Wanita PERKIM Zon Tengah, PPP(WI), dan LKPIM ini diadakan dengan kerjasama MTTJ, yang juga menjadi lokasi acara pada 8 Mac 2025 itu nanti. Majlis dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi.





Catat Ulasan