
8 Mac 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), sekali lagi meneruskan tradisi tahunan pada tahun ini dengan menganjurkan program Iftar Jama'ie sepanjang bulan Ramadan.
Menurut Timbalan Setiausaha MTTJ, En. Zulhanee Mohamed, pada tahun ini, pihak masjid bekerjasama dengan empat syarikat penyedia khidmat katering bagi memastikan menyediakan juadah berbuka. Kos keseluruhan program sepanjang Ramadan dianggarkan berjumlah RM139,500, yang dibiayai melalui sumbangan ahli kariah, masyarakat setempat, serta daripada entiti perniagaan tempatan.
Pada tahun ini pihak masjid menyediakan juadah berbuka untuk 350 pax, berbanding hanya 300 pax pada tahun sebelumnya.
Minggu | Nama Katering |
---|---|
Minggu Pertama | JAA Katering |
Minggu Kedua | Asmiliza Musrapa Katering |
Minggu Ketiga + Iftar Perdana | Kak Jah Katering |
Minggu Akhir | Haji Samsudin Katering |














































Catat Ulasan