Majlis Khatam Al-Quran Perdana MTTJ

18 Mac 2025 — Majlis Khatam Al-Quran Perdana Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berlangsung dengan jayanya di dewan solat utama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) pada hari ini.


Sesi Pagi: Muslimat MTTJ

Majlis dimulakan dengan sesi khas bagi Muslimat MTTJ yang menghimpunkan seramai 106 peserta di bawah kendalian Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) MTTJ. Acara bermula seawal jam 7.45 pagi dengan pendaftaran peserta sebelum diteruskan dengan program tadarus dan khatam Al-Quran.


Selepas sesi tadarus, majlis berehat sebentar bagi ketibaan tetamu kehormat, iaitu Timbalan Pengerusi MTTJ, Dato' Zainal Abidin Md. Amin yang mewakili Pengerusi MTTJ. Turut hadir ialah Imam 1, Ustaz Haji Mohd Asri Awang; Imam Nasrullah Abd Ghani; Bendahari Masjid, Tuan Haji Hassan Samadi, serta Pengerusi HELWA MTTJ, Puan Fuziah.


Dalam ucapannya, Pengerusi Biro HELWA, Hajah Puziah Abdul Kadir, menzahirkan penghargaan kepada pihak masjid atas sokongan kewangan dan moral yang diberikan bagi menjayakan program ini. Beliau menegaskan bahawa program ini bukan sekadar adat, tetapi satu misi untuk menanam rasa cinta terhadap Al-Quran, memahami maknanya, serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan Muslimat.


Sementara itu, Dato' Zainal dalam ucapannya turut memuji komitmen peserta yang hadir setiap hari bagi menyempurnakan bacaan Al-Quran. Beliau berharap agar amalan membaca Al-Quran diteruskan dan tidak terhenti selepas tamatnya program ini.


Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada peserta dan tetamu kehormat, diikuti sesi bergambar kenang-kenangan. Program ini berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.



Sesi Petang: Remaja Muslimin dan Muslimat MTTJ

Slot majlis khatam Al-Quran bagi remaja muslimin dan muslimat MTTJ telah berlangsung pada sebelah petang. Seramai 116 peserta dari kalangan remaja kariah MTTJ terlibat dalam majlis ini yang bermula selepas solat Zohor di dewan solat utama. Sesi tadarus dan khatam Al-Quran yang diketuai oleh Imam Nasrullah Abd Ghani.


Tetamu kehormat bagi sesi ini ialah Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail; Timbalan Pengerusi, Dato' Zainal Abidin Md. Amin; dan Bendahari Masjid, Tuan Haji Hassan Samadi.


Dalam ucapannya, Dr. Haji Abdullah Ismail menzahirkan rasa teruja dengan kelancaran majlis serta susun atur yang tersusun rapi, termasuk pemakaian seragam peserta remaja yang kemas. Beliau turut mengingatkan para peserta untuk terus membaca Al-Quran, melaksanakan ibadah puasa, dan solat fardu berjemaah di masjid bagi remaja lelaki.


Selain itu, beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada En. Mohd Zulfaka Sabri selaku peneraju Biro Pendidikan dan Sahsia Remaja MTTJ atas kejayaan menganjurkan program ini. Beliau berharap agar biro tersebut terus menjadi penggerak kepada aktiviti remaja di kariah MTTJ.


Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat serta pemberian cenderahati dan sumbangan duit raya kepada para peserta sebelum diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.


Gambar-Gambar

Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama