Masjid Temerloh Jaya Terima Sumbangan Ramadan Daripada MPT


24 Mac 2025 —  Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) menjadi salah satu penerima sumbangan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan Kepada Masjid dan Surau yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anggerik, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) pagi ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Pemangku Yang Dipertua MPT, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor, dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis serta Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPT.


Pada tahun ini, MPT memilih 22 buah masjid dan 27 buah surau dalam pentadbirannya sebagai penerima sumbangan wang tunai. Setiap masjid menerima RM1,500, manakala surau menerima RM500 bagi menyokong pengimarahan rumah ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.


MTTJ diwakili oleh Setiausaha masjid, En. Zulkanain Hashim dan Bendahari, Tuan Haji Hassan Samadi bagi menerima sumbangan tersebut.


Pihak pengurusan MTTJ menzahirkan penghargaan kepada MPT atas keprihatinan dalam membantu institusi masjid dan surau di Temerloh


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama