

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam.
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadan al-Mubarak 1446H. Bulan ini adalah bulan ibadah, bulan keampunan dan bulan untuk kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk memperbanyakkan amal soleh, meningkatkan kualiti ibadah serta memperkukuhkan ukhuwah sesama Muslim. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, mendekatkan diri kepada Allah SWT serta meraih rahmat dan keampunan-Nya.
Saya mengajak seluruh ahli kariah dan umat Islam sekalian untuk menghidupkan Ramadan dengan solat, tilawah al-Quran, sedekah, dan doa yang berterusan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan mengurniakan kita keberkatan serta kejayaan di dunia dan akhirat.
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak 1446H.
رمضان كريم، تقبل الله منا ومنكم
Dr. Hj. Abdullah Ismail
Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah,
Taman Temerloh Jaya
Catat Ulasan