
5 Mac 2025 — Program Tadarus al-Quran sempena Ramadan di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) sekali lagi berlangsung pada tahun ini dengan penyertaan seramai 116 orang dalam kalangan remaja khariah MTTJ.
Para peserta yang berusia dari 9 hingga 20 tahun ini dibimbing oleh Cikgu Irwan Ismail (SK Mentakab Chatin) dengan dibantu oleh En. Samsi Bin Haji Tukiman, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Temerloh, yang juga merupakan salah seorang tenaga penggerak Biro Remaja MTTJ.
Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dengan masing-masing dipimpin oleh seorang Naqib yang bertanggungjawab membimbing bacaan al-Quran mereka.
Program tadarus ini dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadan dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang, dan berakhir pada 27 Mac ini sempena berlangsungnya Majlis Khatam Perdana MTTJ.































Catat Ulasan