
22 Mac 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) menganjurkan program qiamullail sepanjang 10 malam terakhir Ramadan, bermula pada malam ini (20 Ramadan 1446h).
Inisiatif ini bagi memberi peluang kepada ahli khariah meningkatkan ibadah dalam fasa penghujung bulan mulia ini. Program yang bermula pada malam ini akan diteruskan sehingga ke akhir bulan Ramadan.
Program ini terbuka kepada semua ahli khariah masjid yang ingin beriktikaf di masjid dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Para jemaah berpeluang melaksanakan pelbagai bentuk ibadah, termasuk solat malam, membaca al-Quran, berzikir, dan bermunajat secara bersendirian di dalam masjid.
Sebagai kemuncak, solat Tasbih secara berjemaah akan diadakan setiap hari bermula jam 4.30 pagi, dipimpin oleh imam bertugas.
Pada malam ini, Imam I MTTJ, Ustaz Haji Mohd Asri Awang telah memberikan penerangan ringkas kepada lebih 150 orang jemaah yang hadir, termasuk jemaah muslimat mengenai tatacara solat sunat Tasbih sebelum memimpin solat sunat tersebut.
Pihak masjid turut menyediakan jamuan sahur bagi jemaah yang beriktikaf.












































Catat Ulasan