Masjid Temerloh Jaya Ambil Bahagian dalam World #QuranHour 2025


25 Mac 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah menyertai program World #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh dunia pada tengah hari ini. Dianggarkan seramai lebih 60 peserta terdiri dari muslimin dan muslimat dalam khariah MTTJ menyertai acara ini.


Pegawai Agama Islam Daerah Jerantut, Ustaz Mohd Mohd Yahya Rafi, diundang sebagai imam jemputan khas untuk memimpin bacaan Surah As-Saff (14 ayat) dan disusuli dengan sesi tadabbur bagi memahami makna dan pengajaran ayat-ayat surah tersebut.


Program ini berlangsung dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang di dewan solat utama masjid. 


Untuk rekod, pada tahun 2024 sambutan terhadap program ini amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 704,796 peserta di negeri Pahang, menjadikannya negeri kedua tertinggi dalam penyertaan selepas Pulau Pinang.

 

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama