
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
02/03/2025 | Ustaz Abd Aziz Abd Karim | — |
Nota Kuliah
Kita seharusnya gembira dengan kehadiran bulan Ramadan kerana dapat bertemu semula dengannya. Ramadan patut disambut seperti Hari Raya. Jika kita tidak merasa gembira, maka tentu ada masalah dengan iman kita.
Awal Ramadan adalah bulan rahmah, pertengahannya bulan keampunan, dan akhirnya adalah bulan pembebasan dari api neraka.
Berdoalah agar kita dikurniakan hati yang mencintai Ramadan, sebagaimana para salafussoleh yang berdoa selama enam bulan sebelum Ramadan agar dipanjangkan usia untuk bertemu dengannya, dan selepas Ramadan, mereka terus berdoa selama enam bulan lagi agar amalan mereka diterima.
Perkara yang Patut Dilaksanakan pada Awal Ramadan
- Bertaubat dan Memperbaiki DiriPara salaf terdahulu memulakan Ramadan mereka dengan taubat dan muhasabah diri. Perjalanan Ramadan masih panjang, dan jika kita tidak banyak bertaubat, dikhuatiri dosa yang sedia ada menjadi penghalang untuk kita beribadah dan merasai kelazatan ibadah. Manusia tidak pernah sunyi daripada dosa dan kesilapan. Jika tidak bertaubat, dosa akan semakin bertambah dan menjadi beban yang berat yang perlu dipikul. Oleh itu, mulakan Ramadan dengan taubat.
- Bergembira dengan Kedatangan RamadanBerasa gembira kerana diberi kesempatan bertemu Ramadan adalah tanda keimanan. Bagi mereka yang tidak bergembira dengan datangnya Ramadan, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan keimanannya.
- Memperbanyakkan Doa dan BersyukurBerdoalah agar diberikan kekuatan untuk beribadah sebaik-baiknya dalam bulan Ramadan serta dikurniakan kesihatan yang baik. Walaupun tidak kaya, tetapi mempunyai kesihatan yang baik adalah sesuatu yang patut disyukuri. Bangun pagi dengan tubuh badan yang sihat, dapat makan, dan dapat bersama keluarga adalah nikmat yang lebih baik daripada seluruh kekayaan dunia. Rezeki bukan sekadar duit atau kemewahan.
Firman Allah SWT: "Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu." — QS Ibrahim 14:7
- Memperbanyakkan Taubat dan IstighfarRamadan adalah bulan untuk memperbanyakkan taubat dan istighfar.
- Puasa Bukan Sekadar Menahan Lapar dan DahagaPuasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menjaga anggota badan daripada melakukan dosa. Ramadan mendidik kita untuk menjadi lebih baik.
Gambar-Gambar











Nota

Catat Ulasan