
21 Mac 2025 — Bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), satu program solat sunat tasbih khas untuk muslimat telah diadakan pagi ini sempena meraikan 10 hari terakhir Ramadan.
Program yang dibimbing oleh Imam Nasrullah Abd Ghani ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 9.45 pagi. Seramai 80 peserta hadir bagi menyertai program yang dikendalikan oleh Biro HELWA MTTJ ini.
Selain itu, program solat sunat tasbih muslimat ini juga memberi peluang kepada muslimat yang tidak dapat menyertai program qiamullail muslimin pada waktu malam untuk turut serta dalam aktiviti ibadah sepanjang Ramadan. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif MTTJ untuk menyediakan ruang inklusif kepada muslimat bagi sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini.








Catat Ulasan