Kuliah Subuh 2 Mac 2025, Ustaz Hairulazam Abd Rahman

Tarikh Penceramah Tajuk
02/03/2025 Ustaz Hairulazam Abd Rahman

Nota Kuliah

Ayat 41 menyebutkan keistimewaan Nabi Ibrahim sebagai seorang yang sangat jujur dan dipercayai, serta diangkat sebagai seorang Nabi. 


Dalam ayat 42, Nabi Ibrahim dengan penuh hormat memanggil ayahnya dengan panggilan "Wahai Bapaku," satu bentuk seruan yang menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang. Beliau menegur ayahnya dengan hujah yang logik, mengapa masih menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat, dan tidak dapat memberi manfaat


Seterusnya, dalam ayat 43, Nabi Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah diberikan sebahagian ilmu yang tidak dimiliki oleh ayahnya. Dengan penuh kelembutan, beliau mengajak ayahnya untuk mengikutinya supaya dapat ditunjukkan jalan yang lurus, iaitu jalan yang diredai Allah.


Dalam ayat 44, Nabi Ibrahim memberi peringatan keras kepada ayahnya agar tidak menyembah syaitan, kerana syaitan adalah makhluk yang sangat derhaka kepada Allah.

 

Akhirnya, dalam ayat 45, Nabi Ibrahim menzahirkan rasa takut dan kebimbangannya terhadap ayahnya. Beliau memberi amaran bahawa azab Allah yang Maha Pemurah boleh menimpa ayahnya jika terus berkeras dalam kesesatan. Jika itu berlaku, ayahnya akan menjadi teman syaitan, iaitu berada dalam golongan yang sesat dan dimurkai Allah.


Nota

Nabi Ibrahim juga digelar ‘Bapa Segala Nabi’ kerana ramai nabi yang lahir daripada keturunannya.


Kisah Nabi Yusuf diceritakan secara lengkap dan berkronologi dalam Al-Quran, sedangkan kisah nabi-nabi lain tidak diceritakan mengikut turutan tetapi berdasarkan keperluan.


Kaedah nasihat yang digunakan oleh Nabi Ibrahim dalam menasihati ayahnya yang masih menyembah berhala ialah dengan berdakwah menggunakan bahasa yang sopan.


Manusia yang mengikut petunjuk Allah pasti cerdik. Bagi yang tidak cerdik, mereka akan mengikut nafsu.


Ada perkara yang lagha tetapi tidak berdosa, seperti menonton filem, mendengar lagu dan sebagainya. Namun, ia tetap merupakan perkara yang sia-sia.


Satu-satunya hujah orang kafir ialah melarang mereka yang berdakwah daripada mencela sembahan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka secara turun-temurun.


Kita dibolehkan menasihati orang yang bercakap tanpa ilmu, dalam keadaan kita berilmu dan mengetahui perkara tersebut. Ia tidak dikira sebagai kesombongan. (ayat 43).


Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama