
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
16/03/2025 | Ustaz Hairulazam Abd Rahman | — |
Surah Maryam (ayat 48-50)
"Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".—Maryam 19:48
"Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi".—Maryam 19:49
"Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia".—Maryam 19:50
Nabi Ibrahim diuji dengan ayah yang bukan sahaja menyembah berhala, malah tukang membuat berhala.
Walaupun Nabi Ibrahim telah dihalau oleh bapanya, tetapi baginda tetap mendoakan kebaikannya untuk bapanya. Namun baginda berlepas diri dari apa yang disembah oleh ayahnya. Setiap perkara syirik kita tidak diizinkan untuk terlibat. Kerana perkara tersebut sangat dimurkai.
Namun sebagai manusia biasa, kita tidak mampu berada di tahap seperti para Nabi. Dalam kelemahan itu, Nabi SAW bersabda;
"Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika ia tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman."—HR. Muslim no.49.
Mengubah kemungkaran dengan tangan bermaksud menggunakan kuasa atau autoriti yang dimiliki, bukan bertindak secara fizikal atau kekerasan. Golongan yang berkuasa seperti ketua jabatan bertanggungjawab untuk memastikan kemungkaran dicegah dalam bidang kuasa mereka. Ini juga menjadi tauladan kepada ketua keluarga yang mempunyai kuasa di rumah untuk menegur ahli keluarganya.
Sekiranya seseorang tidak mempunyai kuasa untuk bertindak secara langsung, dia masih boleh menegur dan memberi nasihat dengan lisan. Menegur dengan cara yang baik dan berhikmah merupakan langkah penting dalam menyedarkan individu yang melakukan kesalahan.
Namun, jika seseorang tidak mampu menegur dengan tangan atau lisan kerana kekangan tertentu, maka sekurang-kurangnya dia harus membenci kemungkaran dalam hatinya. Ini bermaksud dia tidak redha dengan perbuatan tersebut dan menjauhkan diri daripada perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Nabi Ibrahim juga diuji dengan anak, baginda lambat mendapat anak sama seperti Nabi Zakaria. Nabi baginda berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak. Nabi Ibrahim yang bersabar dengan ujian yang besar hingga dikurniakan anak Isyak dengan isteri bernama Hajar dan cucunya Yaakob dan kedua-duanya menjadi Nabi. Selain itu, dengan isterinya yang bernama Sarah, baginda dikurniakan anak bernama Ibrahim yang juga menjadi Nabi. Begitulah Allah mengurniakan kebaikan kepada Nabi Ibrahim dan isteri-isterinya. Malah keturunan Nabi Ibrahim juga turut dimuliakan dengan ramainya Nabi dari keturunan baginda. Rasulullah (s.a.w.) bersabda;
"Yang mulia, putera yang mulia, putra yang mulia, putera yang mulia: Yusuf bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim."— HR. Bukhari no. 3382.
Sungguhpun begitu, kemuliaan seseorang di sisi Allah adalah berdasarkan ketawaan seseorang itu dan bukan dari keturunan semata-mata. Sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Ibrahim, walaupun bapanya syirik, tetapi Nabi Ibrahim merupakan seorang Nabi. Begitu juga halnya dengan Abu Jahal yang dijuluki gelaran Firaun umat ini, tetapi anaknya Iqrimah merupakan seorang yang beriman dan syahid dalam perang. Nabi SAW menegah para sahabat dari mencela Abu Jahal dihadapan Iqrimah agar tidak menyakiti hatinya.
Al-Quran
Al-Quran memiliki kedudukan yang agung, terutamanya di bulan Ramadan. Imam Malik sendiri menghentikan pengajiannya semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pembacaan Al-Quran. Nabi SAW bersabda;
Nabi SAW tidak menekankan tentang mengkhatamkan Al-Quran kerana baginda menyedari bahawa tidak semua umatnya mampu melakukannya. Sebaliknya, baginda menekankan keutamaan membaca Al-Quran, di mana setiap huruf yang dibaca dikurniakan ganjaran besar. Oleh itu, bacalah mengikut kemampuan, kerana semakin banyak yang dibaca, semakin besar pahalanya.
Yang penting, jalinlah hubungan dengan Al-Quran—baca dan fahami semampu yang boleh.































Catat Ulasan