Kuliah Subuh 15 Mac 2025, Ustaz Ahmad Hairy Haderi

Tarikh Penceramah Tajuk
15/03/2025 Ustaz Ahmad Hairy Haderi

Nota Kuliah

Imam Izz al-Din ibn 'Abd al-Salam menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara berkaitan dengan bid‘ah. Bid‘ah merujuk kepada sesuatu amalan yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW tetapi diperkenalkan kemudian. 


Salah satu contoh bid‘ah yang baik atau bid‘ah hasanah ialah hukum tajwid dan tanda-tanda bacaan dalam Al-Quran. Penambahan ini dilakukan untuk memudahkan umat Islam membaca Al-Quran dengan betul dan mengelakkan kesalahan dalam sebutan serta makna ayat. Oleh itu, usaha untuk memperbaiki dan mempermudah bacaan Al-Quran tanpa mengubah maksud asalnya dianggap sebagai satu kebaikan yang diterima dalam Islam.


Namun, jika bacaan Al-Quran diubah sehingga mengubah maknanya, maka perkara tersebut dianggap sebagai bid‘ah yang diharamkan


Selain itu, menghias huruf Al-Quran secara berlebihan juga dikategorikan sebagai makruh. Walaupun menghias mushaf Al-Quran bukanlah sesuatu yang dilarang secara mutlak, tetapi jika dilakukan secara berlebihan sehingga mengalihkan tumpuan, contohnya tulisan khat di dinging masjid, ia mungkin boleh mengganggu tumpuan orang yang sedang solat.


Bersalam-salaman selepas solat pula dianggap sebagai bid‘ah yang harus. Amalan ini tidak dilakukan secara khusus pada zaman Rasulullah SAW, namun ia tidak membawa kepada keburukan atau menyalahi prinsip Islam. Bersalam-salaman selepas solat boleh menjadi satu bentuk ukhwah yang mengeratkan hubungan sesama Muslim.


Sesuatu perkara yang dianggap bidaah yang baik itu tidak harus dianggap sebagai sunnah dan kewajipan yang mesti dilakukan, kerana ia itulah bidaah yang sebenar.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama