
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
22/03/2025 | Ustaz Zakaria Mat Dilu | — |
Malam Al-Qadar (Lailatulqadar) adalah malam yang penuh keberkatan, di mana amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjanjikan kesejahteraan sepanjang malam itu hingga terbit fajar. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlu merebut peluang ini dengan memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Kita tidak pasti sama ada akan bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan, maka sebaiknya kita memanfaatkan waktu yang ada dengan amal yang terbaik.
Untuk mendapatkan malam Lailatulqadar, jangan tinggalkan solat Isyak dan Tarawih. Sekiranya ada kepeluan dan tidak dapat solat Tarawih di masjid, pastikan kita melakukannya di rumah secara sendirian atau paling tidak solat sunat dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
Segala ibadah yang kita lakukan adalah untuk dipersembahkan kepada Allah, bukan kerana pandangan manusia. Apabila kita meninggal nanti kita akan membawa amalan bertemu dengan Allah. Selain beribadah, kita juga perlu mendalami ilmu agama kerana ilmu adalah asas kepada amal yang diterima. Kita harus mencari ilmu terlebih dahulu sebelum beramal agar ibadah yang dilakukan tidak sia-sia. Seseorang yang meninggalkan amal semata-mata kerana takut dipandang riak oleh orang lain juga boleh termasuk dalam kategori riak.
Amalan tanpa ilmu boleh membawa kepada kesesatan. Pandangan manusia tidak mempunyai nilai di sisi Allah, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana Allah melihat amal kita.
Manusia jadi mulia kerana Allah menjaga kita, tiada apa yang hendak dibanggakan. Kita bukanlah makhluk yang hebat, sebaliknya Allah yang menjaga dan memberi akal untuk kita menguruskan diri. Namun, ada manusia yang sombong dan tidak sedar diri, sedangkan apabila mereka meninggal dunia, jenazah mereka akan segera dikebumikan, kerana sudah tiada apa-apa lagi.
Puasa adalah salah satu ibadah yang difardukan kepada umat Islam sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang terdahulu. Orang yang bertakwa adalah mereka yang memahami dan melaksanakan ibadah ini dengan penuh keikhlasan.
Dalam beragama, tidak ada paksaan bagi mereka yang bukan Islam, tetapi ramai yang tersesat kerana menafsirkan Al-Quran mengikut akal dan kehendak sendiri. Allah melarang kita menjual ayat-Nya dengan harga yang murah, iaitu memutarbelitkan ajaran agama demi kepentingan duniawi.
Pada zaman ini, ramai yang rajin beribadah tetapi enggan menuntut ilmu. Ibadah tanpa ilmu boleh membawa kepada kehancuran. Misalnya, mereka yang mengambil harta anak yatim atau harta pusaka tanpa membahagikan kepada ahli keluarga yang berhak, sebenarnya sedang memakan yang haram. Tanpa ilmu, seseorang boleh menjadi hamba Allah yang jahil, dan kejahilan itu akan membinasakan mereka di akhirat kelak.




























Catat Ulasan