Yayasan Nurjiwa Sumbang 50 Bungkus Barangan Dapur kepada MTTJ


25 Mac 2025 — Yayasan Nurjiwa iaitu sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan menyumbangkan 50 bungkus barangan keperluan dapur kepada Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya, pada pagi ini.


Rombongan Yayasan Nurjiwa diketuai oleh Bendahari NGO tersebut iaitu; En. Ruslan Mustapha tiba dengan dua buah van berisi barang keperluan dapur untuk diserahkan kepada pihak masjid yang diwakili oleh Setiausaha masjid, En.Zulkanain Hashim; Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ, En. Ab Manaff Safien dan Imam I MTTJ, Ustaz Haji Mohd Asri Awang.


Program ini merupakan inisiatif berterusan Yayasan Nurjiwa, yang diasaskan oleh penyanyi kelahiran Temerloh, Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin bersama suaminya, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa, dalam usaha mencapai matlamat yayasan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui program kebajikan, kemanusiaan, dan pendidikan.


Sementara ini, Pengerusi Biro Kebajikan MTTJ (BKS), En. Manaff Safien memaklumkan bahawa barangan tersebut akan diagihkan kepada penerima-penerima yang akan disenarai pendek dari pangkalan data BKS.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama