Ziarah Kasih Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ, Santuni Ahli Komuniti


24 April 2025 — Pagi ini, pihak Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah membuat dua ziarah kasih ke rumah ahli komuniti yang sedang ditimpa ujian.

Rombongan BKS MTTJ diketuai sendiri oleh pengerusinya; En.Ab Manaff Bin Safien, bersama beberapa orang AJK iaitu; En.Razali Awang Kechik, En.Nasran Hussin, En.Borhan Mohd Marzuki, En.Jasni Ismail, Pn.Hasnah Mat Yassin dan Pn.Nurazmin Yahya.

Pihak BKS turut menghulurkan sumbangan sebagai tanda ingatan bagi mewakili pihak masjid. 

Ziarah Kasih 1: 
Onyun@Azizan Ismail
Jalan 6/3 Taman Temerloh Makmur
Sakit: Kencing manis (amputasi jari kaki)

 

Ziarah Kasih 2:
Mohamad Arif
Jalan TJ 9/7 Taman Temerloh Jaya
Sakit: Patah bahu dan luka akibat kemalangan

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama