Dr. Abdullah Ismail Diraikan Sebagai Tetamu Khas Majlis Aidilfitri PBATM Pahang



23 April 2025 – Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, Dr. Haji Abdullah Ismail telah diberi penghormatan sebagai tetamu undangan khas dalam Majlis Aidilfitri Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM) yang berlangsung meriah di Dewan Sireh Pinang, Temerloh, pada pagi ini.


Dalam slot ucapannya, Dr. Abdullah memuji usaha murni PBATM Pahang yang menganjurkan majlis tersebut sebagai wadah merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli, khususnya dalam suasana penuh kemeriahan Syawal. Beliau turut menyeru agar ahli PBATM terus menyumbang kepakaran dan pengalaman yang dimiliki semasa berkhidmat dahulu bagi memperkasa institusi masjid.


Beliau turut mengambil kesempatan berkongsi kejayaan MTTJ yang kini dikenali sebagai antara masjid aktif dan cemerlang bukan sahaja di negeri Pahang, malah turut mencetuskan inspirasi di peringkat kebangsaan hasil sokongan padu ahli kariah dan program pengimarahan yang tersusun.


Untuk makluman, Persatuan Bekas Anggota Telekom Malaysia (PBATM) ditubuhkan pada tahun 1998 dan merupakan sebuah persatuan pesara Telekom Malaysia yang mempunyai rangkaian keahlian meluas di seluruh negara.

    

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama