
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
24/04/2025 | Ustaz Arselan Hakim Mohd Salleh | — |
Setiap insan pasti akan menghadapi saat kematian. Tarikh kematian kita telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali, namun tiada siapa yang mengetahui bila saat itu akan tiba.
Antara amalan yang dapat menghapuskan dosa kita ialah solat jenazah yang dilakukan oleh orang lain. Kerana itu, usahakan agar solat jenazah diusahakan agar dihadiri sekurang-kurangnya oleh 40 orang. Semakin ramai yang hadir, semakin besar kelebihannya, kerana dalam kalangan mereka mungkin ada orang yang alim, soleh dan ikhlas yang doanya akan dimakbulkan Allah. Solat jenazah bukan sekadar penghormatan terakhir, tetapi juga merupakan doa dan syafaat untuk si mati.
"Aku tidak mengetahui tentang azab kubur sehingga datang seorang wanita Yahudi kepadaku. Dia meminta sesuatu dariku, lalu aku memberikannya. Wanita itu berkata, 'Semoga Allah melindungimu dari azab kubur.' Aku mengira itu hanyalah bualan orang Yahudi. Ketika Rasulullah SAW masuk, aku menceritakan hal itu kepada beliau. Beliau bersabda, 'Benar, azab kubur itu ada.' Sejak itu, aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW melaksanakan solat kecuali beliau memohon perlindungan dari azab kubur."—(HR. Bukhari, no. 1372)
Setelah roh keluar daripada jasad, ia akan mengalami perjalanan yang sangat berbeza bergantung kepada keadaan iman dan amal pemiliknya. Bagi roh orang Mukmin, ia akan diperlakukan dengan penuh kemuliaan. Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa:
"Apabila roh seorang Mukmin keluar, ia akan disambut oleh dua malaikat yang membawanya naik ke langit. Hammad (perawi hadis) menyebutkan bahawa roh tersebut mengeluarkan bau yang harum seperti minyak kasturi. Para penghuni langit berkata: 'Roh yang baik telah datang dari bumi, semoga Allah merahmati kamu dan jasad yang dahulu kamu huni.' Lalu roh itu dibawa menghadap Rabbnya. Kemudian Allah berfirman: 'Bawalah dia hingga ke tempat yang paling akhir (yakni Sidratul Muntaha).'"—(HR. Muslim)
Namun sebaliknya bagi orang kafir, mereka tidak mendapat layanan yang sama. Roh mereka keluar dalam keadaan berbau busuk dan dilaknat oleh penghuni langit. Tiada sambutan atau pujian, melainkan kehinaan yang menanti.
"Hampir saja umat-umat dari segala penjuru mengerumuni kamu seperti orang-orang lapar mengerumuni piring makanan." Kami bertanya, "Apakah kerana ketika itu kita golongan minoriti?" Rasulullah ï·º bersabda, "Bahkan kamu ketika itu ramai, tetapi kamu hanyalah buih seperti buih banjir. Rasa takut telah dicabut daripada hati musuh-musuh kamu, dan penyakit 'wahan' telah disemayamkan dalam hati kamu." Kami bertanya, "Apakah itu wahan?" Rasulullah ï·º bersabda, "Cinta dunia dan takut mati."—(HR. Ahmad, no. 21363)














Catat Ulasan