Kuliah Maghrib 19 April 2025, Ustaz Hayat Kiswah

Tarikh Penceramah Tajuk
19/04/2025 Ustaz Hayat Kiswah

Nota Kuliah

Sifat Baqa’  (Sifat ke-3):


Maksud Baqa’

Baqa’ bermaksud kekal, iaitu wujud Allah tidak berkesudahan dan tidak akan binasa. Allah SWT kekal selama-lamanya tanpa penghujung. Ini berbeza dengan makhluk yang suatu hari akan musnah dan lenyap.


Lawan kepada Baqa’ ialah Fana — Fana bermaksud binasa atau musnah. Semua makhluk akan mengalami fana. 


Tidak disusuli Allah dengan adanya tiada — Allah SWT tidak akan mengalami perubahan daripada ada kepada tiada. Wujud-Nya tidak didahului oleh tiada (kerana Dia Qidam) dan tidak akan diakhiri oleh ketiadaan (kerana Dia Baqa’). 


1. Baqa’ Hakiki (Kekal yang Sebenar)

Baqa’ Hakiki ialah kekal mutlak yang hanya dimiliki oleh Allah SWT sahaja. 


2. Baqa’ ‘Aridhi (Tidak Mutlak)

Baqa’ ‘Aridhi ialah kekal yang tidak mutlak dan bergantung kepada iradah (kehendak) Allah SWT. Benda atau makhluk ini kekal kerana Allah mengkehendakinya kekal, bukan kerana dirinya bersifat kekal.

Contoh-contoh Baqa’ ‘Aridhi:
- Syurga
Neraka
Roh
Arasy
Kursi
Luh Mahfuz
Qalam 
Ajbu al-Zanab (tulang sulbi manusia yang tidak hancur)
Jasad para syuhada
- Jasad para Nabi


Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama